Click here plizz.

12:58 AM

Kelantan Juara Piala Malaysia!!

Posted by FIeZa


KUALA LUMPUR, 30 Oktober - Kelantan melakar sejarah apabila buat julung kali menjulang Piala Malaysia, setelah menewaskan juara musim lepas Negeri Sembilan 2-1, pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini, malam ini.

Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun. - Utusan

x sia2 la aku bgn pagi td g anto adik aku ke stadium utk queue beli tiket utk adik2 yang lain... (cz die kt JB)..aku pon tumpang beratur skali...gerimis hujan pon redah aje...naseb x kuyup..kalo x..sure kene salin baju lain before g kelas...aku plak ade kelas ganti td..adeiii

ape2 pon...Tahniah lg skali buat kelate...

Gomo Kelate Gomo....




10:50 AM

Naik harga tiket: FAM dituduh cekik darah

Posted by FIeZa

Penyokong Red Warriors berhimpun bantah kenaikan harga tiket

Peminat ramai-ramai membantah FAM naikkan harga tiketMAHAL, zalim dan cekik darah. Itu antara rungutan peminat setia pasukan The Red Warriors yang menyelar tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Tahun lepas, kedua-dua pasukan juga pernah bertembung di pentas akhir merebut piala berprestij tanah air itu yang mana kehadiran penyokong mencatat sejarah paling ramai pernah dihimpunkan dalam satu perlawanan bola sepak tempatan.

Ketika itu tiket dijual dengan harga RM20 dan secara tiba-tiba, musim ini FAM menaikkan harga tiket kepada RM30 sehingga menimbulkan kemarahan seluruh peminat bola sepak Kelantan yang merasakan harga tersebut adalah terlalu tinggi.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net), Nik Mohd Sallehuddin Nik Abdul Razak berkata, tindakan tersebut dilihat satu lagi usaha FAM untuk menjatuhkan masa depan bola sepak Kelantan.

Menurutnya, selepas pelbagai usaha dilakukan termasuk yang terbaru menggantung khidmat jurulatih B Sathianathan sebelum kes tersebut ditangguhkan untuk perbicaraan semula, isu tiket kembali menjadikan FAM mangsa kecaman.

“Saya tidak melihat di mana relevannya harga tiket tersebut perlu dinaikkan. FAM perlu memberi penjelasan kenapa harga tiket ini naik berbanding tahun lalu yang dijual pada harga RM20.

“Pada pendapat saya, harga ini dinaikkan selepas melihat penyokong Kelantan yang begitu ramai membanjiri stadium pada perlawanan akhir musim lalu dan ini adalah masa yang baik untuk FAM mengaut keuntungan,” katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, pertimbangan-pertimbangan yang sewajarnya perlu diambil kira oleh FAM termasuklah peminat bola sepak Kelantan bukannya terdiri daripada golongan yang berada tetapi mereka yang berpendapatan rendah, namun cintakan bola sepak tempatan.

Jelasnya, sekiranya FAM menggunakan helah menaikkan harga untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda kerana menyangka peminat bola sepak Kelantan pasti akan ke stadium walaupun dengan tiket yang mahal, tidak mustahil sambutan perlawanan akhir kali ini akan dingin.

“Penyokong tidak bodoh. Kami bukan orang berada. Ada yang bekerja sebagai buruh dan petani hanya memperoleh gaji sekitar RM150 seminggu dan ini pastinya membebankan dan tidak mustahil sekiranya mereka membatalkan hasrat untuk ke stadium.

“Sepatutnya FAM memberi sokongan dalam usaha memajukan bola sepak tempatan selepas melihat sambutan peminat yang semakin ramai mengunjungi stadium tetapi tindakan ini sekali lagi dilihat sebagai cubaan ‘membunuh’ masa depan bola sepak khasnya di Kelantan,” ujarnya.

Tindakan KAFA buat ‘harga pakej’ kecewakan peminat

Selain itu, mereka juga turut kecewa dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang seperti ‘menangguk di air keruh’ apabila menaikkan lagi harga tiket daripada RM30 kepada RM40 dengan kononnya menyediakan pakej termasuk barangan cenderahati.

Bagi mereka, selepas sekian lama menunjukkan sokongan tanpa berbelah bagi kepada pasukan Kelantan termasuk menjelajah ke seluruh negara setiap kali pasukan mereka beraksi, tindakan KAFA itu membuatkan mereka terkilan.

Semalam, lebih 100 penyokong skuad Kelantan mengadakan piket membantah kenaikan harga tiket oleh FAM di hadapan Stadium Sultan Mohd Ke-IV dan turut menggesa KAFA membatalkan hasrat menjual tiket tersebut secara pakej dengan harga yang lebih mahal.

Seorang lagi peminat bola sepak Kelantan, Mahizi Mahmood, 32, memberitahu, selain marah dengan tindakan FAM menaikkan harga tiket, dia juga nyata kesal dengan sikap KAFA yang dilihat tidak prihatin dengan nasib para penyokong.

“Sudahlah FAM mengenakan tiket dengan harga yang tinggi, KAFA pula turut sama bersekongkol menaikkan lagi harga sebanyak RM10 kononnya atas nama pakej dengan memberi barangan cenderahati.

“Kalaulah KAFA tahu mengenang budi, mereka seharusnya membantu memberi subsidi atau sekurang-kurangnya mengekalkan harga tiket RM30 itu, bukannya dengan menekan lagi penyokong dengan menaikkan kepada RM40,” jelasnya.

Selain itu, bagaikan ada kewajaran di sebalik kemarahan para penyokong kerana jarak antara Kota Bharu dan Kuala Lumpur itu cukup panjang perjalanannya menjadikan mereka juga terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk kos pengangkutan.

Bukan sahaja tiket, dikhabarkan kos pengangkutan awam termasuk kadar sewa bas juga melambung dengan begitu mendadak iaitu antara RM3,200 hingga RM3,800 berbanding harga biasa hanya sekitar RM2,400 hingga RM2,600.

Sementara itu, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa tampil memberi penjelasan yang dilihat sedikit melegakan kemarahan penyokong Kelantan apabila pihaknya bersetuju mengekalkan harga tiket kepada RM30.

Jelasnya, sebanyak 30,000 keping tiket diperuntukkan untuk penyokong Kelantan iaitu dengan 10,000 akan mula dijual secara biasa pada pukul 10 pagi ini di kesemua lapan kaunter jualan tiket di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu.

“Manakala 10,000 keping lagi akan dijual bersama barangan cenderamata, sementara selebihnya akan diperuntukkan kepada rombongan kelab penyokong. KAFA sedang berusaha untuk mendapat tiket tambahan untuk memenuhi permintaan,” ujarnya.


Source from Liga Malaysia

12:24 AM

Team Building at Taman Negara

Posted by FIeZa

Wah..sungguh lama aku bercuti dari dunia blog neh..almaklumla...last week aku g Taman Negara 3 days utk Team Building...part best cz dpt g tmpt baru ramai2...and part paling xbesh...aku kene mengatasi perasaan gayat ku utk naek...canopy walk kt taman negara..oh nooo...dari before g smpaila masanya aku asek ckp aku xmau pegi cz gayat..tp yang x tahan tu..aku queue antara yang depan..cz excited nk join jungle trekking..last aku join jungle trekking masa 1st year kt utm..almost 11years ago..hahaha..dh lama gila..

Selasa lepas berkumpul kt opis seawal 6 pagi aku terpacak kt opis...hahah aku antara org last naek bus..cam xtau..aku suke lmbt...elooo i solat subuh kt umah dulu baru gerak..hehehe..so 6.15 bas gerak..agak lmbt cz berenti2...termasuklah tunggu satu bus lg yang tersalah jalan..haha lagi lmbt smp lagi bagus..dpt aku melambatkan diri dr attend kursus tu..haha betapa x suka nya aku...

Kul 11 pg smp sana...wahhh masih awal...ape lg...aku satu2 yang bawak dslr..walau model D40...tp boleh laa aku layan zasst...aku ni bukan professional sgt nk snap2 gmbo..boleh la utk mata ku..haha

Gmbo ku bersama bakal rumet...ni masa tgh tunggu boat...ekcely pompuan yang g group aku tuh 5 orang je...lg 35 org kot...lelaki..adeiiii naseb x kena buli..yahoooooooo

So...jom layan zasstt gambo ku kat sana

Check in at Mutiara resort

Visit kg orang asli
Pose org mengantuk

Org paling last naik boat...sorry ye kawan2...sebuk possing..haha..ni gmbo taken by pemandu boat..hehe

Night walking sniri2 ngan gang2
pose bersama pokok paling tua (kot)
Possing lg.....ni before smp ke canopy walk

Pose lagi dan lagi
the only one gmbo aku tgh kt canopy walk yang ok...ni pon dkt nk smp dah..haha penakut
Dan gmbo last ni...gmbo group 2 yang g aritu...sume best2

Kepada rakan-rakan muslim jom kita bacakan Al Fatihah kepada mangsa kemalangan bas express pagi semalam. Seriously, jangan baca posting then rasa kesian, tapi tolong betul-betul spend few minutes untuk sedekahkan Al Fatihah. Aku bukan nak suruh kesian, aku ajak sedekah Al Fatihah.

Ini adalah berita penuh tentang kejadian Kemalangan Ngeri 10.10.10 KM223 Plus Tol Simpang Ampat 12 Maut, 40 Cedera - Gambar MyVi dihempap Bas Ekspres Delima – Bas JKM semalam. Mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian masih lagi belum dikenalpasti.

Source from Utusan Online

SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.

Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.

Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.

Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.

Sehingga pukul 11 malam ini, pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa termasuk penumpang bas dan kenderaan yang dihempap oleh bas itu.

Difahamkan, mangsa yang maut adalah pemandu bas dan penumpang serta penumpang dua buah kereta yang terhimpit dihempap bas tersebut.

Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, Dr. Jaafar Che Mat pada sidang akhbar lewat malam ini memaklumkan, pihaknya menerima 24 orang mangsa yang cedera terdiri daripada lapan lelaki dan 16 wanita, kesemuanya dewasa.

Katanya, seorang daripada mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Menurut beliau, kesemua mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat, manakala mereka yang cedera menerima rawatan di HTJ.

Antara yang dilihat menerima rawatan termasuk seorang pelancong warga Jepun.

Berikutan kemalangan itu, pihak polis telah menutup laluan masuk ke lebuh raya arah selatan di Plaza Tol Pedas, Linggi di Rembau.

Kebanyakan kenderaan yang memasuki lebuh raya dinasihatkan oleh Plus Expressways Berhad (PLUS) untuk menggunakan laluan alternatif.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi malam ini mengesahkan kejadian tersebut dan menurutnya, ketika ini, identiti mangsa yang cedera dan meninggal dunia masih belum diketahui.

Operasi menyelamat masih dijalankan oleh pasukan bomba dan penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta bantuan pihak paramedik dari hospital yang berdekatan.

Dalam pada itu, salah seorang penumpang bas Ekspres Delima yang terselamat, Nur Najlaa Aqilah Mohd. Ghazali, 19, berkata, dia tiba-tiba terasa bas yang dinaikinya berpusing lalu menghempap sebuah kereta selepas melambung ke laluan bertentangan.

“Ketika kejadian, saya sedang tidur. Saya tersedar apabila bas itu berpusing dan menghempap kenderaan di laluan bertentangan. Tidak lama kemudian, bas yang kami naiki dirempuh beberapa kenderaan lain termasuk sebuah bas (membawa ahli PBTM),” kata pelajar Universiti Malaya itu yang kini dirawat di HTJ setelah mengalami kecederaan di tangan dan muka.

Difahamkan, bas JKM membawa peserta yang menghadiri Perhimpunan Raksasa PBTM, turut dinaiki Exco Kerajaan Melaka, Datuk Karim Sulaiman. Bagaimanapun, kesemua penumpang bas itu dilaporkan selamat.


Adikku juga terperangkap dalam perjalanan malam td dari KL-JB. Die gerak dr Cheras kul 9 mlm dan smp JB kul 5.30 pg. Kul 3.30pg br melepasi tempat kejadian. Oleh itu, sama2 la kita tingkatkan kesedaran dan berhati-hati di jalan raya. Mintak dijauhkan dari terjadi kepada kita semua.

Ape pon aku berdoa smga mangsa nahas dicucuri rahmat.Amin.

11:56 PM

MC Lagikk

Posted by FIeZa

Erm..post ni spatutnye dibuat pd Rabu aritu..tp disebabkan 'rajin'..haha tpaksa la tunda.. hurm..oh ye lupa arini 2nd anniversary aku bersama Ajinomoto..huhu..kjap je pejam celik pejam celik dah dua tahun aku keje sana yek..

Asek sebut pasal kje je..sebut pasal MC plak..hurm..selasa ptg aku g clinic biasa ku pergi tu...sebab telinga ku dh bengkak..huhu cannot tahan lagi smp nk makan pon xleh nganga cam biasa..so g sana doc kata dh bengkak smp halang lubang telinga...no wonder aku sakit gila..so die tanya nk ubat ke nkg specialist..hahaha aku dengan laju ckp nkg g jumpa specialist..bukan ape sbb telinga aku slalu sakit camni..tp belah kiri..ni 1st time sakit belah kanan..so alang2 dh g specialist leh doc tu checkkan conditioan telinga aku..

Aku and en hubby decide nkh spital Pantai tu rabu pagi cz pg tu aku ade appointment ngan pakar gastric follow up kes lama ku..huhu...semua ok...tp3 month lg kene g lagi..so tgh jumpa doc tu..tibe2 fone ringing..aku offkan je hp...bila dh kuo tu aku tunggu bilik sebelah since pakar ENT tu bilik seblah doc gasticku..upernya nurse die call aku cari aku kt mana..haha itula padahnya buat 2 appoinment serentak...tp doc tu..mmg nice..i like...

Masa ni tgh tunggu queue..naseb en hubby dpt gang TNB..so derang sembangla kjap

Bilik pakar gastric yang aku slalu g jumpa tu...he's very nice person...soft spoken

Before that..aku kene g timbang berat la ape la..alamakkk aku dh makan..tp naseb aku tgk penimbang menunjukkan berat berkurang sebanyak 500g even selepas makan..aku kene usaha lagi..hihi


Masa ni dh siap kene timbang


11:35 PM

Buka pose wif en hubby

Posted by FIeZa

Hurm..smalam poser ganti..hihi baru hari ke 4...adeiii nmpaknya thn ni mcm xckup je pose 6 unless esok and lusa aku kene pose..huhu erk...kene kuat semangat ni...pose ganti lak..kene ganti 5 days je..naseb sikit je thn ni..lega eden..suka suka...

Smalam balik kje en hubby bawak kan aku g clinic cz nk check ngape la telinga aku sakit semacam..dhla smp mcm bengkak kt rahang...bawakla g clinic kt Puchong (Poliklinik Permai)...so check2..doc ckp ade bengkak mcm dh halang lubang tu..die bg ubat and refer to specialist..erkk specialist ..macam teruk je bunyi nye..pdhal biasa je..die suh refer sana cz xtau condition kt dlm cemane..aku on jela..so aku decide suh dia refer ke Pantai KL..

Settle urusan kt klinik dh 6.30..en hubby ajak g buka posa kt kg baru (erm...die xpose..aku je pose.haha)
So aku ajak die g buka kt Kenny Rogers IOI Mall...die laks ajak g KFC...so naseb die paham..die terus menonong masuk Kenny Rogers..yeayy...saya suka saya suka..yeay..
Order je ape yang patut cz nk buka sangat2...mase tu dlm 650pm..hehe

Hehe..xde koje time menunggu makanan....


Juadah berbuka poser

Ayam sedang bergolek

Last skali..hahaha mmg ku sungguh xde keje...saje2 snap gmbo muffin sbb aku suka chocolate muffin..nak lagi nak lagi.............saya suka saya suka....huhuh

Ape daaa aku merepek ni..dah ngantuk nyaaaa....okla nkg gosok baju dulu..tunggu esok aku update ape citer aku h spital td...hehe tungguuuuuuuuu

11:56 PM

Hari yang memenatkan ku

Posted by FIeZa

Argh.........kul 430 am pg td aku dh terjaga nkg kojer..chewah konon rajin laa sebab arini senin kan..upernye jam masih awal lg..so..ku tarik selimut terus tido lg..tup2 terjaga 645..haaa terus bangun..ku xnak terbabas tido...sbb arini ade stock count kat opis..kang smp lambat xke naya aku nk menjawab..hihi

Arini dpt rileks dr 'gangguan' salesmen cz aku tinggalkan hp ku kt drawer cz xmo diganggu time tgh wat stock count..kang lari plak figure yang aku record tu...xpasai2 kene kira balik..huhu

Arini paling lmbt aku dpt siapkan kojer mengira tuh..huhu..jenuh mengira stock utk Mauritius, Sri Lanka , Maldives lagi mane tah..itu je yang aku hengat..aku bukan tukang kira..aku tukang record and verified ape yang operator dah buat tu..tp penat jugak cz mmg banyak gila barang kt wehos tu..smp nk jalan pon kene nyelit2..haha mcm main hide and seek..haha

Start kul 9 abis kul 3.30 ptg..pergh..cukup lama...haha tp ade dua kali break la..lunch provided by company..huhu..tp xbesh pon melainkan pizza..yg tu okeh okeh jela kan..huhu

Arini en hubby jemputku balik lmbt sket..kul 7 baru die dtg amek..huhu..lmbtnyaaaaaa...balik tu tersinggah secret recipe..beli cheese cake utk ku..

Okla dah sangap..ku dh telan 4 biji panadol arini....adeiiii